Sunday, August 23, 2009

KLMU YANG MENGECEWAKAN

Siapa yang tidak kecewa, kalau dijanjikan dengan LAPTOP percuma apa bila mendaftar masuk belajar di KLMU, setelah mendaftar baru tau tak ada laptop, rasa tertipu. Laptop hanya untuk orang yang tinggal dirumah sendiri atau pun menyewa sendiri, tapi kenapa tak cakap perkara sebenar pada iklan pada surat kabar? apa niat pengurusan KLMU?.

Satu lagi kekecewaan, saya sebagai bapak yang mempunyai anak sedang melanjutkan pelajaran di KLMU terkejut dengan apa yang diceritakan oleh anak saya mengenai status beliau di KLMU apa bila mau mendaftar subjek untuk exam, pihak pengurusan KLMU cakap status anak saya ialah bayar sendiri, pada hal duit PTPTN KLMU dah ambil, macam mana?

Semasa menguruskan pertukaran dari Sabah ke KL, perkara ini telah diuruskan dan saya sendiri pergi ke pejabat pengurusan KLMU, ledger telah difaks dari Sabah dan telah diterima oleh pihak pengurusan KLMU di KL depan mata saya dan pihak pengurusan KLMU berjanji akan mengubah status anak saya pada masa itu. Malangnya apa bila anak saya mau mendaftar subjek tidak berapa lama selepas itu, di beri tahu yang status beliau ialah bayar sendiri. Sungguh mengecewakan, apa kerja yang dibuat oleh pihak PENGURUSAN KLMU?

Jadi, kepada PENGURUSAN KLMU, buat kerja betul-betul jangan sampai benda-benda macam ni berulang-ulang. Banyak sudah saya dengar orang merungut pasal KLMU ni, takut-takut satu hari nanti akan meletup. Siapa yang susah? ramai pekerja kat KLMU hilang pekerjaan nanti. Lebih baik berubah sebelum diubah.

Kepada KEMENTERIAN PELAJARAN TINGGI pantau-pantau lah, jangan sampai nasi dah jadi bubur baru nak kelam kabut.

6 comments:

  1. renung2 kan selamat beramal...he3..mmg gtu la kalo kolej uncle...yg ptg bg mreka duit....selesaikan bagus2 jak la k..yg penting ada surat hitam putih sbg bukti..

    ReplyDelete
  2. klu mcm tu bgus uncle buat kolej sendiri hahahaha.....klu ade laptop percuma sya pun nk msuk lh.....,laptop bha sapa tak mhu kn?,cikgu zai pun mhu hahaha

    ReplyDelete
  3. betul tue....buatla kolej sndri saya pun nak msuk jgak nti ha ha ha ...

    ReplyDelete
  4. Semuanya bermula dari pemilik kosmopoint itu sendiri yang mementingkan keuntungan.

    Pihak pengurusan mungkin hanya menurut arahan beliau :)

    ReplyDelete
  5. Betuii sy pon da dengaq ceita ini....kwn sy minta tangguh satu semesta....fedup punyai
    pasai

    ReplyDelete