Thursday, August 20, 2009

Taksub

Sesekali aku pun jadi hairan, apakah orang yang taksub ini dia sedar atau tidak yang dia sedang taksub? mungkin bila dia lihat orang lain dia tahu orang itu atau orang ini sedang taksub, tetapi dia sendiri sedang taksub pun dia tidak sedar.

Betul, kehidupan di dunia ini ada herarkinya senang cakap ikut saluran la... nak jumpa bos mesti kena mintak kebenaran second bos, nak jumpa second bos pun kena mintak kebenaran dengan secratarynya, tak boleh main terjah je.. nanti jadi tv 3 pulak.

Balik pada cerita taksub, oleh kerana taksub pada seseorang tak kira la bos ke tuan guru ke atau kiyai atau sesiapa saja pun, harus diingat yang mereka tu semua adalah manusia sama macam kita, janganlah menganggap yang orang-orang ini lebih dari manusia walaupun dia mempunya kelebihan-kelebihan. Cuba pikir dengan jelas, kelebihan yang ada pada orang-orang ini datang dari mana?.

Kembali pada herarki tadi entah betul ke ejaan aku ni. Oleh kerana kedudukan orang-orang ini, tidak salah kita menghormati mereka bahkan adalah dituntut untuk kita menghormati mereka. Tetapi berhati-hati jangan sampai terlalu taksub hingga perbuatan hormat bertukar menjadi menyembah, sebab yang layak disembah hanyalah kau orang pun tau.

Kepada orang-orang yang mempunyai kedudukan, kelebihan yang dipinjamkan oleh Yang Maha Berkuasa, ingatlah jangan sampai timbul rasa riak, takbur, bongkak, sombong, bangga diri, ego dan perasaan yang bersaudara denganya. Sebab, kedudukan dan kelebihan yang di pinjamkan itu boleh menjadi cubaan dan ujian dari YANG MAHA BERKUASA DAN JANGANLAH KELAK KITA MENJADI ORANG-ORANG YANG RUGI.

2 comments:

  1. eh uncle plak..ingatkan x aktif da blog uncle ni..apapun sy ucapkan slamat bpuasa...sembahyg terawih..lebihkan ibadat di bln yg mulia ni...sy jg ambil peluang ni nak minta maaf pd uncle...sma ada sengaja atau tdk...tp thn ni teda la kan sup cam ari raya kami p rumah uncle tu...

    ReplyDelete