Monday, June 1, 2009

KERANA SYURGA



Malam tadi aku bermimpi tentang Syurga dan Neraka. Ceritanya begini, telah berlaku dialog antara aku dan kawan ku (identiti dirahsiakan sebab dalam mimpi), dia bercita-cita ingin masuk Syurga dan semua amalannya seperti Sembahyang 5 waktu, Sembahyang Sunat, dan segala amalan yang dilakukan oleh beliau ada semata-mata kerana Syurga. Jadi timbulnya persoalan dalam kepala aku, betulkah tindakan sahabat ku ini? dan apa pendapat para pembaca sekelian? adakah betul perbuatan sahabat saya ini?

Pendapat aku pulak begini, aku cakap dengan dia sepatutnya segala amalan kita itu bukan kerana Syurga, tetapi kerana ALLAH (iaitu keredhaanNYA), tanpa keredhaanNYA segala amalan tidak bermakna, bukan Syurga yang kita dapat tapi Neraka yang kita terima. Janganlah sekali-kali segala amalan kita itu kerana selain dari ALLAH, janganlah mengharap istana dari permata di Syurga tanpa redha ALLAH, janganlah mengharap taman-taman yang mengalir di bawahnya sungai-sungai di Syurga tanpa redhanya ALLAH.

Jadi yang kita harapkan di alam sementara ini sebelum alam kekal adalah redhanya ALLAH. Fikir-fikir kan lah.