Thursday, May 14, 2009

Aurat


Sekadar coretan sahaja. Setiap kali ke pekan atau pusat beli belah, apa yang kita nampak?... Aurat. Kepala tutup sebab rambut tu aurat.. betul sudah tu. Badan pun tutup jugak .. betul jugak, tapi yang ketat-ketat sampai menimbul kan bentuk terbonjol bonjol sana sini walau pun bertutup itu yang tidak betul tu. Adakah diorang ni faham erti sebenar aurat atau tidak? siapa nak jawab tu?.

Disekolah dulu, ustazah2, ustaz2 rasanya pernah ajar apa tu aurat, macam mana cara menutupnya mengikut kehendak agama islam, kalau masih tak paham jugak, tak tau lah nak salahkan siapa, ustaz kah yang salah?, ustazah kah yang salah? atau pun ibubapak yang tak ambil berat. Ummmmmm..... entahlah sapa yang nak di persalahkan.Kadang2 nampak mak dengan anak sama jer fesyen dia. Dunia akhir zaman. Ya Allah semoga aku terhindar dari dosa-dosa mata. Amin.....