Sunday, September 27, 2009

Balik Raya Hari Tu





LAUK UNTUK BUKA LAST POSA SEBELUM RAYA

Monday, September 14, 2009

Selamat Hari Raya




Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin untuk semua kawan2 yang mengenali aku. Cuba pejam mata dan kenang kembali masa kita kecil2 dulu sambut hari raya. Persiapan untuk hari raya dan pada pagi hari raya pertama. Alangkah indahnya, terasa ingin kembali ke masa itu. Tapi mana mungkin dapat kembali ke masa lalu, kecuali ada mesin masa macam doremon (kalau ada kompom aku pinjam dah). Setiap orang pun ada kenangan manis masa kecil2 dulu. Ada juga yang pahit.

Apa pun aku ucapkan selamat hari raya pada korang semua. mintak maaf kalau ada salah dan silap.

Saturday, September 12, 2009

MIMPI LAGI

BERMIMPI LAH KORANG
JADI FILEM STAR
JADI ARTIS TERSOHOR
JADI ARTIS KAYA-RAYA
JADI MODEL BERGAYA
JADI IKUTAN MUDA MUDI
JADI PUJAAN RAMAI
JADI PENGHIBUR TANAH AIR
JADI TERKENAL
JADI BINTANG BERTARAF DUNIA
BERMIMPILAHHH...
HANYUTLAHHHH....

MIMPI KU HANYA KE JANNAH

AMIN....



MASIH BERMIMPI

UMAT MANA YANG DITINDAS
DIHINA, DIDERA, DISEMBELIH?

KENAPA BEGITU?

UMAT MANA YANG DIBELA
DISANJUNG, DIPUJA, DIIKUTI?

KENAPA BEGITU?

UMAT MANA YANG BERMIMPI
LALAI, HANYUT, TIDAK SEDAR DIRI?

KENAPA BEGITU?

UMAT MANA YANG BERJAGA-JAGA
BERSIAP SEDIA, MENGINTAI-NGINTAI, MENANTI MASA?

KENAPA BEGITU?

UMAT MANA YANG MENINDAS
MENGHINA, MENDERA, MENYEMBELIH?

KENAPA BEGITU?

KENAPA?

ADA DI HATI MU
NAMUN KAU TUTUP

NAMPAK DI MATA MU
NAMUN KAU PEJAM

PERCAYALAH
JANJI TUHAN AKAN TIBA

MENYESALAH KAU NANTI..

Oleh:

Ordinary Malaysians – 4 Ogos 2009
Kalumpang.

HANYUT DAN MENGHANYUTKAN

TAMPA ARUS
TAMPA SUNGAI
TAMPA PERAHU

KENAPA RAMAI YANG HANYUT?

SIAPA YANG HANYUT?
SIAPA YANG HANYUT DAN MENGHANYUTKAN?

MUFTI-MUFTI!
ULAMAK-ULAMAK!
IMAM-IMAM!
USTAZ-USTAZ!
PEWARIS RASULULLAH..!

BERCAKAP BENARLAH
WALAU DI DEPAN KHALIFAH
YANG ZALIM

NERAKA ALLAH ITU
AMAT PEDIH..

Oleh:

Ordinary Malaysians – 4 Ogos 2009
Kalumpang

TUTUP AURAT KE TUTUP URAT

Fesyen terkini anak-anak dara islam kita, apa boleh kita kata? kita nak salahkan siapa? kenapa jadi begini? tanggungjawab siapakah untuk membendung gejala yang memalukan umat islam ini? semua persoalan ini ada jawapannya, tapi hanya sekadar berputar-putar dalam minda sahaja, nak diluahkan, nak dicadangkan, nak dikuatkuasakan, is is is risiko tinggi, nanti kena gam, nanti kena paksa letak jawatan, nanti kena ditukarkan ke jabatan yang tak penting, jatuh la standard, yang sebenarnya takut nikmat yang selama ini dikecapi ditarik balik ye tak?

Pernah dengar dalam Forum Perdana isu AURAT ni diceramah tak? ada kot.. tapi saya tak pernah dengar lagi setakat ni.. mungkin saya terlepas kot. Tapi zaman moden ni (jahiliyah sebenarnya) mana boleh tegur orang sesuka hati, nanti masuk mahkamah kena saman juta-juta sebab cuba menyekat atau menganggu hak kebebasan individu. Siapakah yang mencipta perkataan ini HAK KEBEBASAN INDIVIDU? tak silap rasanya Yahudi. Nampak tak macam mana Yahudi mencucuk jarumnya untuk melemahkan umat islam? Ada yang nampak tuuuu.. tapi pura-pura tak nampak.

Pernah baca tak ayat ni, SETIAP ORANG ISLAM DENGAN ORANG ISLAM LAIN ADALAH BERSAUDARA, dah elok dah ayat ni, maknanya dalam Islam tak salah kalau kita menegor saudara kita untuk kebaikan... tapi yang sedihnya orang islam masa kini suka lagi guna yang orang Yahudi cipta tu, moden katanya. Sebut jer pasal Islam, semua ketinggalan zaman, yang Yahudi LAKNATULLAH tu jugak lah yang moden, canggih, ikut peredaran zaman (konon).

Apa apa pun ni dia bukti kesesatan yang nyata, tengok dan pikirlah sendiri. Ini bukan tutup aurat, ini tutup urat.