Sunday, March 29, 2009

Padam Lampu Untuk Selamatkan Bumi?


Sampai hari ini saya masih bingung, dan kebingungan ini seperti menjadi tempelan di dalam batu jemala saya ini melekat dan menempel akhirnya mejadi persoalan yang saya sendiri tidak dapat menjawabnya.

Jadi, saya ingin sangat sesiapa yang pandai-pandai di luar sana tolong bagi jawapan kepada saya. Sila terangkan dari sudut saintifik atau dari apa-apa sudut sekalipun kepada saya bagaimana dengan memadam lampu rumah selama satu jam boleh menyelamatkan bumi?. Ini la satu persoalan yang melekat dalam kepala saya hingga hari ini dan sungguh membosankan apabila persoalan ini asyik-asyik menonjolkan diri disudut otak yang dah lama beku ini.

Tolonglah sedara-sedari yang tahu bagi tahu kepada saya supaya terjawab persoalan yang sungguh membingungkan kepala saya ini. Kepada sesiapa yang sudi saya ucapkan jutaan terima kasih, kerjasama anda dihargai dunia akhirat. Wassalam

No comments:

Post a Comment