Monday, March 23, 2009

CONTOH-CONTOH DOA DALAM MAJLIS RASMI DI PERINGKAT JABATAN/BAHAGIAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN

1. Doa Sempena Majlis Perhimpunan bulanan.

2. Doa Sempena Perutusan Tahun Baru

3. Doa Sempena Pelancaran Hari Guru

4. Doa Sempena Majlis Persaraan

5. Doa Sempena Hari Inovasi dan Kualiti

6. Doa Sempena Tilawah al-Quran

7. Doa Sempena Perasmian Konvensyen Perdana Pendidikan Kebangsaan

8. Doa Sempena Penutupan Konvensyen Perdana Pendidikan Kebangsaan

9. Doa Sempena Mesyuarat Pengetua-Pengetua

10. Doa Sempena Majlis Penganugerahan Perkhidmatan

Cemerlang

DOA SEMPENA

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين , والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين .

Allahumma Antal ‘Azizul Jalil,

Sesungguhnya kami menadah tangan pada pagi ini, di Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Pendidikan, merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, di atas kurniaan Mu yang tidak ternilai.

Allahumma Ya Rahman Ya Rahim,

Sesungguhnya kami berhimpun disini pada pagi ini, bagi menyatakan komittmen dan iltizam kami terhadap pendidikan. Kami sedar dan faham, bahawa pengorbanan dan sumbangan bakti kami, amat besar ertinya buat pendidikan negara. Kegigihan, kesabaran dan keyakinan yang tinggi, dengan roh dan semangat kependidikan, mendidik anak bangsa supaya berbudi dan berjasa, tanpa mengira tempat dan masa, amat mulia dan disanjungi .

Justeru…Ya Allah.. berkatilah perhimpunan ini. Berkatilah jua usaha-usaha kami. Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur Rahim di kalangan kami. Padukanlah tenaga dan usaha kami untuk menggempur anjakan sikap dan pemikiran bagi menghadapi era teknologi dan globalisasi. Kurniakanlah apa kiranya kepada kami kekuatan rohani dan jasmani, cetusan idea dan gerakan minda, untuk terus menjana kecemerlangan pendidikan, di alam persada ini.

Ya Aziz, Ya Razzak, Ya Karim

Jadikanlah kami Ya Allah, dari kalangan hamba-hamba Mu yang bersyukur dan taat melaksanakan perintah Mu. Jauhilah kami Ya Allah, dari melanggari perintah Mu. Kurniakanlah Ya Allah kepada kami, rezeki yang halal dan berpanjangan, zuriat dan generasi yang beriman, serta segala kebaikan di dunia dan di akhirat.

اللهم اجعل جمعنا هذا جمعا مرحوما ، وتفرقنا من بعده تفرقا معصوما

ولا تجعل اللهم فينا ولا معنا ولا من يتبعنا شقيا ولا مطرودا ولا محروما

اللهم زدنا علما نافعا وارزقنا فهمااللهم اغفرلنا ذنوبنا ولإخواننا الذين سبقونا بالإيمان

ولا تجعل في قلوبنا غلا للذين ءامنوا إنك رءوف رحيم

ربنا اتنا في الدنيا حسنة وفي الأخرة حسنة وقنا عذاب النا

وصلى الله على محمد وعلى اله وصحبه وسلم ، والحمدلله رب العالمين

DOA SEMPENA

MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BARU

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين , والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين .

Allahumma Antal ‘Azizul Jalil,

Sesungguhnya kami menadah tangan pada pagi ini, di Majlis Perutusan Tahun Baru …….. , Kementerian Pendidikan, merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, di atas kurniaan Mu yang tidak ternilai.

Allahumma Ya Rahman Ya Rahim,

Sesungguhnya kami berhimpun disini, bagi menyatakan kesungguhan dan iltizam kami untuk memartabatkan pendidikan negara kearah kecemerlangan. Untuk mencapai cita-cita murni ini, tanamkanlah dalam diri kami semangat dan keyakinan budaya cemerlang. Cemerlang dalam berakhlak, cemerlang dalam pendidikan, cemerlang dalam berkeluarga, cemerlang dalam bermasyarakat dan cemerlang dalam bernegara.

Justeru itu Ya Allah …. Permudahkanlah urusan kami, ilhamkanlah dalam fikiran kami idea-idea yang bernas, kreatif, kritis, positif, mantap dan berpandangan jauh. Kurniakanlah kepada kami ilmu yang diberkati, keimanan dan ketakwaan yang mantap. Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur Rahim di kalangan kami. Padukanlah tenaga dan usaha kami untuk terus menabur budi kepada anak bangsa,agama dan negara .

اللهم اجعل جمعنا هذا جمعا مرحوما ، وتفرقنا من بعده تفرقا معصوما ، ولا تجعل اللهم فينا ولا معنا ولا من يتبعنا شقيا ولا مطرودا ولا محروما .

اللهم اغفرلنا ذنوبنا ولإخواننا الذين سبقونا بالإيمان ولا تجعل في قلوبنا غلا للذين ءامنوا إنك رءوف رحيم

ربنا اتنا في الدنيا حسنة وفي الأخرة حسنة وقنا عذاب النار

وصلى الله على محمد وعلى اله وصحبه وسلم ، والحمدلله رب العالمين

DOA SEMPENA

PELANCARAN HARI GURU

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين , والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين .

Allahumma Antal ‘Azizul Jalil,

Sesungguhnya kami menadah tangan pada malam ini, di Majlis Pelancaran Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan, merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, di atas kurniaan Mu yang tidak ternilai.

Allahumma Ya Rafi’a al Darajaat, Wa Qadhiaal Hajat,

Sesungguhnya kami berhimpun disini pada pagi ini, bagi menyatakan pengiktirafan dan penghargaan kami terhadap warga pendidik, warga guru yang sangat berjasa. Kami sedar dan faham, bahawa pengorbanan dan sumbangan bakti para guru, amat besar ertinya buat pendidikan negara. Kegigihan, kesabaran dan komitmen yang tinggi, dengan roh dan semangat kependidikan, mendidik anak bangsa supaya berbudi dan berjasa, tanpa mengira tempat dan masa, amat mulia dan disanjungi .

Justeru… berkatilah perhimpunan ini. Berkatilah jua usaha-usaha para guru. Satukanlah hati-hati mereka, eratkanlah silatur Rahimi di kalangan mereka. Padukanlah tenaga dan usaha mereka untuk menggempur anjakan sikap dan pemikiran bagi menghadapi era teknologi dan globalisasi. Kurniakanlah apa kiranya kepada mereka kekuatan rohani dan jasmani, cetusan idea dan gerakan minda, untuk terus menjana kecemerlangan pendidikan, di alam persada.

Jadikanlah kami Ya Allah, dari kalangan hamba-hamba Mu yang bersyukur dan taat melaksanakan perintah Mu. Jauhilah kami Ya Allah, dari melanggari perintah Mu. Kurniakanlah apa kiranya Ya Allah kepada kami, rezeki yang halal dan berpanjangan, zuriat dan generasi yang beriman, serta segala kebaikan di dunia, pun jua di akhirat.

اللهم اجعل جمعنا هذا جمعا مرحوما ، وتفرقنا من بعده تفرقا معصوما ، ولا تجعل اللهم فينا ولا معنا ولا من يتبعنا شقيا ولا مطرودا ولا محروما .

اللهم زدنا علما نافعا وارزقنا فهما

اللهم اغفرلنا ذنوبنا ولإخواننا الذين سبقونا بالإيمان ولا تجعل في قلوبنا غلا للذين ءامنوا إنك رءوف رحيم

ربنا اتنا في الدنيا حسنة وفي الأخرة حسنة وقنا عذاب النار

وصلى الله على محمد وعلى اله وصحبه وسلم ، والحمدلله رب العالمين

DOA SEMPENA MAJLIS PERSARAAN

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين, والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين .

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Sesungguhnya kami menadah tangan pada malam ini, di majlis Malam Permata Budi sempena persaraan Yang Berbahagia …………., merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, di atas kurniaan Mu yang tidak ternilai. Dan memohon keampunan Mu jua, terhadap dosa-dosa yang telah kami lakukan.

Justeru kami berhimpun disini pada malam ini, bagi menyatakan penghargaan dan pengiktirafan kami, Permata Budi buat azimat dan kenangan sebagai mengenang jasa bakti yang telah disumbangkan, untuk Kementerian Pendidikan dan watan.

Allahumma Antal Hasibul Jalil

Sesungguhnya di Tangan Mu sahajalah kuasa penilai segala amalan, Kau jadikanlah apa kiranya segala bakti yang disumbangkan, sepanjang tempoh perkhidmatannya, sebagai ibadah yang Engkau redhai. Terimalah segala usaha dan pengorbanannya itu, sebagai amal soleh yang Engkau berkati… Limpahkanlah apakiranya segala keberkatan dan ganjaran rahmat Mu, dalam kehidupan beliau yang berjasa, jua dalam kehidupan kami yang masih di alam persada ini.

Iringilah bersama detik-detik persaraan beliau, dengan keazaman dan komitmen, untuk terus menabur budi dan bakti, kepada agama , bangsa dan negara.

Allahumma Ya Hayyu Ya Qayyum,

Kurniakanlah apakiranya kepada kami yang ditinggalkan ini, kekuatan jiwa dan tenaga, untuk terus menabur budi dan bakti. Suburkanlah minda dan semangat yang beliau miliki, ke dalam diri kami.

اللهم اجعل جمعنا هذا جمعا مرحوما ، وتفرقنا من بعده تفرقا معصوما

ولا تجعل اللهم فينا ولا معنا ولا من يتبعنا شقيا ولا مطرودا ولا محروما

اللهم زدنا علما نافعا وارزقنا فهمااللهم اغفرلنا ذنوبنا ولإخواننا الذين سبقونا بالإيمان

ولا تجعل في قلوبنا غلا للذين ءامنوا إنك رءوف رحيم

ربنا اتنا في الدنيا حسنة وفي الأخرة حسنة وقنا عذاب النا

وصلى الله على محمد وعلى اله وصحبه وسلم ، والحمدلله رب العالمي

DOA SEMPENA

PERASMIAN HARI INOVASI DAN KUALITI KPM

بسم الله الرحمن الرحيم

لحمد لله رب العالمين, والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين

Allahumma Ya Rahmani wa Ya Rahiim,

Sesungguhnya kami menadah tangan pada petang ini, ingin merafa’kan kesyukuran dan penghargaan terhadap Mu, di atas kurniaan Mu yang tidak ternilai. Dan dengan izin Mu jua kami dapat melaksanakan tugas kami pada hari ini, bermuhasabah dan menilai hasil kerja kami yang telah kami papari.

Allahumma Ya Badi’as Samawati Wal Ardh,

Kami sedar Ya Allah, bahawa bagi mencapai pendidikan yang berkualiti dan berinovasi bukanlah suatu yang mudah. Tanpa Taufiq dan Hidayah Mu, dan tanpa redha dan restu Mu jua, maka sukar bagi kami mencapai hasil kerja yang bermutu, dan berinovasi.

Justeru… Ilhamkanlah dalam fikiran kami Ya Allah, idea-idea yang kreatif, positif, proaktif dan inovatif. Semarakkanlah dalam jiwa dan minda kami, keazaman dan komitmen yang tinggi. Kurniakanlah apa kiranya kepada kami kesihatan serta kekuatan fizikal dan minda, semangat dan daya juang. Padukanlah tenaga dan pemikiran kami. Eratkanlah Silatur Rahim dikalangan kami, semoga dengannya kami dapat menyempurnakan tugas ini, bagi menghasilkan pendidikan yang cemerlang, dicontohi dan diteladani, serta mampu menuju ke mercu gemilang.

Allahumma Ya Zal Jalali Wal Ikram,

Berkatilah perhimpunan dan usaha kami pada hari ini, dan hari-hari yang bakal kami lalui. Rahmatilah jua perpisahan dan dapatan kami selepas ini, dan hari-hari yang bakal kami tempuhi. Kurniakanlah apakiranya kepada kami Ya Allah, rezeki yang halal dan berpanjangan, zuriat dan generasi yang beriman, serta segala kebaikan di dunia, pun jua di akhirat.

اللهم اجعل جمعنا هذا جمعا مرحوما ، وتفرقنا من بعده تفرقا معصوما ، ولا تجعل اللهم فينا ولا معنا ولا من يتبعنا شقيا ولا مطرودا ولا محروما .

اللهم اجعل خير أعمارنا اخره وخير أعمالنا خواتمه وخير أيامنا يوم ألقاك فيه

اللهم اغفرلنا ذنوبنا ولإخواننا الذين سبقونا بالإيمان ولا تجعل في قلوبنا غلا للذين ءامنوا إنك رءوف رحيم

ربنا اتنا في الدنيا حسنة وفي الأخرة حسنة وقنا عذاب النار

وصلى الله على محمد وعلى اله وصحبه وسلم ، والحمدلله رب العالمين

DOA SEMPENA TILAWAH AL-QURAN

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين , والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين .

Allahumma Antal ‘Azizul Jalil,

Sesungguhnya kami menadah tangan pada pagi ini, di Majlis ‘Penutupan Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Antara Bahagian, Kementerian Pendidikan Malaysia 142…. Hijriah’, merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, atas kurniaan ni’mat Mu yang tidak terhingga.

Allahumma Antal Hasibul Jalil,

Sesungguhnya di tanganMu sahajalah kuasa penilai segala amalan. Justeru…Berkatilah Majlis kami ini. Kau jadikanlah apa kiranya segala kerja kami sepanjang 2 hari ini, dan hari-hari yang mendatang, sebagai ibadah yang Engkau redhai. Terimalah segala kerja dan usaha kami itu, sebagai amal soleh yang Engkau berkati.

Rahmatilah kami Ya Allah dengan al Quran, Hiasilah diri kami serta serikanlah hidup kami dengan ketinggian martabat al Quran, Muliakanlah kami dengan kemuliaan al Quran. Ya.. Allah, Peliharalah kami, jua anak-anak kami, daripada melakukan penghinaan dan pendustaan terhadap Kalam Mu. Kurniakanlah apa kiranya kepada kami kekuatan dan keazaman untuk membaca dan memperkota ayat-ayat Mu dalam kehidupan.

Allahumma Ya Zal Jalali Wal Ikram,

Iringilah bersama detik-detik perpisahan kami nanti, dengan keazaman dan komitmen, serta dengan iltizam dan istiqamah, untuk terus menabur budi dan bakti, kepada agama, bangsa dan negara. Kurniakanlah apa kiranya Ya Allah kepada kami, rezeki yang halal dan berpanjangan, zuriat dan generasi yang beriman, serta segala kebaikan di dunia, pun jua di akhirat.

اللهم ارحمنا بالقرءان ، واجعله لنا إماما ونورا وهدى ورحمة ، اللهم ذكرنا منه ما نسينا ، وعلمنا منه ما جهلنا ، وارزقنا تلاوته ءاناء الليل وأطراف النهار ، واجعله لنا حجة يا رب العالمين .

اللهم اجعل جمعنا هذا جمعا مرحوما ، وتفرقنا من بعده تفرقا معصوما ، ولا تجعل اللهم فينا ولا معنا ولا من يتبعنا شقيا ولا مطرودا ولا محروما .

اللهم اغفرلنا ذنوبنا ولإخواننا الذين سبقونا بالإيمان ولا تجعل في قلوبنا غلا للذين ءامنوا ربنا إنك رءوف رحيم

ربنا اتنا في الدنيا حسنة وفي الأخرة حسنة وقنا عذاب النار

وصلى الله على محمد وعلى اله وصحبه وسلم ، والحمدلله رب العالمين

DOA SEMPENA

PERASMIAN KONVENSYEN PERDANA PENDIDIKAN KEBANGSAAN

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين , والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين .

Allahumma Antal ‘Azizul Jalil,

Sesungguhnya kami menadah tangan pada pagi ini, di Majlis Konvensyen Perdana Pendidikan Kebangsaan Siri ….., merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, di atas kurniaan Mu yang tidak ternilai.

Allahumma Antal Kabirul Muta’al

Sesungguhnya kami berhimpun disini pada pagi ini, bagi menyatakan pengiktirafan dan komitmen kami, dengan roh dan semangat kependidikan meneruskan kesinambungan pendidikan kearah kejayaan wawasan melalui kecemerlangan kepimpinan pendidikan sebagai asas dan teras perjuangan.

Justeru…Ya Allah berkatilah perhimpunan kami di sini. Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur Rahim di kalangan kami. Padukanlah tenaga dan usaha kami untuk menggempur anjakan sikap dan pemikiran bagi menghadapi era teknologi dan globalisasi. Kurniakanlah apa kiranya kepada kami kekuatan rohani dan jasmani, cetusan idea dan gerakan minda, untuk terus menjana kecemerlangan pendidikan.

Jadikanlah kami Ya Allah, dari kalangan hamba-hamba Mu yang bersyukur dan taat melaksanakan perintah Mu. Jauhilah kami Ya Allah, dari melanggari perintah Mu. Kurniakanlah apa kiranya Ya Allah kepada kami, rezeki yang halal dan berpanjangan, zuriat dan generasi yang beriman, serta segala kebaikan di dunia, pun jua di akhirat.

اللهم اجعل جمعنا هذا جمعا مرحوما ، وتفرقنا من بعده تفرقا معصوما ، ولا تجعل اللهم فينا ولا معنا ولا من يتبعنا شقيا ولا مطرودا ولا محروما .

اللهم زدنا علما نافعا وارزقنا فهما

اللهم اغفرلنا ذنوبنا ولإخواننا الذين سبقونا بالإيمان ولا تجعل في قلوبنا غلا للذين ءامنوا إنك رءوف رحيم

ربنا اتنا في الدنيا حسنة وفي الأخرة حسنة وقنا عذاب النار

وصلى الله على محمد وعلى اله وصحبه وسلم ، والحمدلله رب العالمين

DOA SEMPENA

PENUTUPAN KONVENSYEN PERDANA PENDIDIKAN KEBANGSAAN

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين , والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين .

Allahumma Antal ‘Azizul Jalil,

Sesungguhnya kami menadah tangan pada tengahari ini, di Majlis Penutupan Konvensyen Perdana Pendidikan, merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, di atas kurniaan Mu yang tidak ternilai.

Allahumma Antal Hasibul Jalil

Sesungguhnya kami berhimpun selama tiga hari disini, bagi menyatakan pengiktirafan dan komitmen kami, dengan roh dan semangat kependidikan, memerah seluruh tenaga dan pemikiran, bagi mencapai kata sepakat dan muafakat, menghitung dan bermuhasabah, membina garis panduan dan halatuju, untuk mencapai kejayaan wawasan melalui kecemerlangan kepimpinan pendidikan sebagai asas dan teras perjuangan.

Justeru… berkatilah perhimpunan kami di sini. Jadikanlah segala usaha dan hasil muafakat di konvensyen ini sebagai landasan dan ransangan demi perjuangan memartabatkan pendidikan tanah air tercinta, usaha dan hasil yang Kau redhai dan restui. Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur Rahim di kalangan kami. Padukanlah tenaga dan usaha kami untuk menggempur anjakan sikap dan pemikiran bagi menghadapi era bestari dan globalisasi. Kurniakanlah apa kiranya kepada kami kekuatan rohani dan jasmani, cetusan idea dan gerakan minda, untuk terus menjana kecemerlangan pendidikan.

Jadikanlah kami Ya Allah, dari kalangan hamba-hamba Mu yang bersyukur dan taat melaksanakan perintah Mu. Jauhilah kami Ya Allah, dari melanggari perintah Mu. Kurniakanlah apa kiranya Ya Allah kepada kami, rezeki yang halal dan berpanjangan, zuriat dan generasi yang beriman, serta segala kebaikan di dunia, pun jua di akhirat.

اللهم اجعل جمعنا هذا جمعا مرحوما ، وتفرقنا من بعده تفرقا معصوما ، ولا تجعل اللهم فينا ولا معنا ولا من يتبعنا شقيا ولا مطرودا ولا محروما .

اللهم زدنا علما نافعا وارزقنا فهما

اللهم اغفرلنا ذنوبنا ولإخواننا الذين سبقونا بالإيمان ولا تجعل في قلوبنا غلا للذين ءامنوا إنك رءوف رحيم

ربنا اتنا في الدنيا حسنة وفي الأخرة حسنة وقنا عذاب النار

وصلى الله على محمد وعلى اله وصحبه وسلم ، والحمدلله رب العالمين

DOA SEMPENA

MESYUARAT PENGETUA-PENGETUA

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين, والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين .

Allahumma Antal ‘Azizul Jalil,

Sesungguhnya kami menadah tangan pada pagi ini, ingin merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, di atas kurniaan Mu yang tidak ternilai.

Kami sedar Ya Allah, bahawa tugas memartabatkan pendidikan negara bukanlah suatu yang mudah. Tanpa muafakat dan sepakat, tanpa roh dan semangat kependidikan, jua tanpa redha dan restu Mu, maka sukar bagi kami meneruskan perjuangan mencapai kecemerlangan pendidikan.

Justeru itu … Ya Allah Permudahkanlah urusan kami. Ilhamkanlah dalam fikiran kami Ya Allah, idea-idea yang bernas, kreatif, kritis, positif, mantap dan berpandangan jauh. Kurniakanlah apakiranya kepada kami kesihatan serta kekuatan fizikal dan minda, semangat dan daya tahan. Padukanlah tenaga, usaha dan pemikiran kami. Eratkanlah silatur Rahim di kalangan kami. Semoga dengannya kami dapat menyempurnakan tugas ini, dengan bijaksana dan diredhai, bagi menghasilkan perancangan pembangunan pendidikan demi menjana kecemerlangan pendidikan negara.

Allahumma Antal Kabirul Muta’al

Berkatilah perhimpunan dan usaha kami pada hari ini, dan hari-hari yang bakal kami lalui. Rahmatilah jua perpisahan dan dapatan kami selepas ini, dan hari-hari yang bakal kami tempuhi. Kurniakanlah apa kiranya Ya Allah kepada kami, rezeki yang halal dan berpanjangan, zuriat dan generasi yang beriman, serta segala kebaikan di dunia, pun jua di akhirat.

اللهم اجعل جمعنا هذا جمعا مرحوما ، وتفرقنا من بعده تفرقا معصوما ، ولا تجعل اللهم فينا ولا معنا ولا من يتبعنا شقيا ولا مطرودا ولا محروما .

اللهم ألف بين قلوبنا وأصلح ذات بيننا واهدنا سبل السلام

اللهم اغفرلنا ذنوبنا ولإخواننا الذين سبقونا بالإيمان ولا تجعل في قلوبنا غلا للذين ءامنوا إنك رءوف رحيم

ربنا اتنا في الدنيا حسنة وفي الأخرة حسنة وقنا عذاب النار

وصلى الله على محمد وعلى اله وصحبه وسلم ، والحمدلله رب العالمين

DOA SEMPENA

MAJLIS PENGANUGERAHAN PERKHIDMATAN CEMERLANG KPM

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين , والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين .

Allahumma Antal ‘Azizul Jalil,

Sesungguhnya kami menadah tangan pada pagi ini, di Majlis Penganugerahan Perkhidmatan Cemerlang, Kementerian Pendidikan, merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, di atas kurniaan Mu yang tidak ternilai.

Allahumma Antal Kabirul Muta’al

Sesungguhnya kami berhimpun disini, bagi menyatakan pengiktirafan dan penghargaan kami, kepada warga pendidikan yang telah berkorban tenaga dan fikiran, mencurahkan khidmat bakti dengan penuh dedikasi, demi memartabatkan pendidikan di bumi bertuah ini.

Justeru… berkatilah perhimpunan ini. Kekalkanlah roh dan semangat perkhidmatan yang mereka miliki, untuk terus cemerlang. Dan semadikanlah roh dan semangat yang mereka miliki itu ke dalam diri kami. Kurniakanlah apakiranya kesihatan, kesejahteraan, keselamatan, kehidupan yang bahagian dan aman sentosa kepada mereka, anak-anak mereka serta seluruh kaum keluarga mereka, jua kepada kami.

Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur Rahimi di kalangan kami. Padukanlah tenaga dan usaha kami, Permudahkanlah segala urusan untuk terus menabur budi kepada anak bangsa ,agama dan negara .

Allahumma Ya Badi’as Samawati wal Ardh,

Kurniakanlah apa kiranya kepada kami, rezeki yang halal dan berpanjangan, zuriat dan generasi yang beriman, serta segala kebaikan di dunia, pun jua di akhirat.

اللهم اجعل جمعنا هذا جمعا مرحوما ، وتفرقنا من بعده تفرقا معصوما ، ولا تجعل اللهم فينا ولا معنا ولا من يتبعنا شقيا ولا مطرودا ولا محروما .

اللهم اغفرلنا ذنوبنا ولإخواننا الذين سبقونا بالإيمان ولا تجعل في قلوبنا غلا للذين ءامنوا إنك رءوف رحيم

ربنا اتنا في الدنيا حسنة وفي الأخرة حسنة وقنا عذاب النار

وصلى الله على محمد وعلى اله وصحبه وسلم ، والحمدلله رب العالمين

No comments:

Post a Comment