Saturday, May 15, 2010

PERTAK

Pandangan dari atas jambatan.




Banyak tempat menarik di tempat kita yang boleh menjadi tempat istirehat dihujung minggu bersama-sama keluarga. Jadi kenapa mesti pilih yang jauh-jauh?

Tiada kurangnya negara kita jika dibandingkan dengan negara-negara lain. Datanglah ke PERTAK bersama-sama keluarga pada hujung minggu. Tiada bayaran dikenakan, jadi kenapa mesti bayar? buat pilihan bijak.

Tuesday, October 27, 2009

Untuk Direnungkan





SIAPA AKU

Memijak Tanah MU
Berjalan Di Bumi MU
Apalah yang hendak aku banggakan
Tiada satupun kepunyaan ku

Air yang ku teguk
Nasi yang ku makan
Ikan yang ku beli
Udara yang ku hirup

Bulu roma dilengan ku
Tulang empat kerat ku
Darah dalam urat-urat ku
Degupan jantung ku
Pun kepunyaan MU

Tidak patutkah aku bersyukur?
Kemana hendak ku halakan wajah ku?
Kalau tidak bersujud pada MU
Celakalah aku andai aku berpaling dari MU

Ampunkan dosa-dosa ku
Ya RABB ku…


Kalumpang,
27 Okt 09 – 0850PM

Sunday, September 27, 2009

Balik Raya Hari Tu





LAUK UNTUK BUKA LAST POSA SEBELUM RAYA

Monday, September 14, 2009

Selamat Hari Raya




Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin untuk semua kawan2 yang mengenali aku. Cuba pejam mata dan kenang kembali masa kita kecil2 dulu sambut hari raya. Persiapan untuk hari raya dan pada pagi hari raya pertama. Alangkah indahnya, terasa ingin kembali ke masa itu. Tapi mana mungkin dapat kembali ke masa lalu, kecuali ada mesin masa macam doremon (kalau ada kompom aku pinjam dah). Setiap orang pun ada kenangan manis masa kecil2 dulu. Ada juga yang pahit.

Apa pun aku ucapkan selamat hari raya pada korang semua. mintak maaf kalau ada salah dan silap.

Saturday, September 12, 2009

MIMPI LAGI

BERMIMPI LAH KORANG
JADI FILEM STAR
JADI ARTIS TERSOHOR
JADI ARTIS KAYA-RAYA
JADI MODEL BERGAYA
JADI IKUTAN MUDA MUDI
JADI PUJAAN RAMAI
JADI PENGHIBUR TANAH AIR
JADI TERKENAL
JADI BINTANG BERTARAF DUNIA
BERMIMPILAHHH...
HANYUTLAHHHH....

MIMPI KU HANYA KE JANNAH

AMIN....



MASIH BERMIMPI

UMAT MANA YANG DITINDAS
DIHINA, DIDERA, DISEMBELIH?

KENAPA BEGITU?

UMAT MANA YANG DIBELA
DISANJUNG, DIPUJA, DIIKUTI?

KENAPA BEGITU?

UMAT MANA YANG BERMIMPI
LALAI, HANYUT, TIDAK SEDAR DIRI?

KENAPA BEGITU?

UMAT MANA YANG BERJAGA-JAGA
BERSIAP SEDIA, MENGINTAI-NGINTAI, MENANTI MASA?

KENAPA BEGITU?

UMAT MANA YANG MENINDAS
MENGHINA, MENDERA, MENYEMBELIH?

KENAPA BEGITU?

KENAPA?

ADA DI HATI MU
NAMUN KAU TUTUP

NAMPAK DI MATA MU
NAMUN KAU PEJAM

PERCAYALAH
JANJI TUHAN AKAN TIBA

MENYESALAH KAU NANTI..

Oleh:

Ordinary Malaysians – 4 Ogos 2009
Kalumpang.